



Kembali kepada al-Quran dan al-Hadith, begitulah suasana yang sedang berlaku dikalangan orang-orang Islam. Adakah memadai seruan itu ditelan bulat-bulat??!!
Kita perlu kembali menggunakan pendekatan sebenar untuk mendekati kedua-duanya. Keberkatan tersendiri akan dicapai oleh mereka yang memiliki sanad dalam mempelajari kedua-dua sumber berkenaan. Sanad, bukan khas untuk dimiliki oleh golongan ulama sahaja, tetapi boleh dimilki oleh orang ramai kerana keterikatan ilmiah yang kukuh akan mengukuhkan jiwa. Cuma pengaliran yang terbaik perlu oleh mereka yang benar-benar jujur, ikhlas dan tidak melakukan dosa-dosa.
Sanad juga memperkenalkan kita kepada tokoh-tokoh yang berjasa memelihara pengajian al-Quran dan al-Hadith sepertimana yang kita lihat hari ini. Usahlah kita mengikuta cara pengajian Bible atau Taurat yang tentu tanpa sanad ilmiah. Kebelakangan ini tidak kurang juga guru-guru agama yang semakin lantang mengkritik, membid’ahkan serta menyesatkan golongan tertentu. Malang sekali, apabila tokoh-tokoh yang dilabelkan itu tidak pernah disesatkan oleh ulama yang rasikh. Inilah satu mala petaka yang sedah menimpa umat Islam. Sebab orang islam sendiri melaknat tokoh-tokoh Islam yang terkenal maka semakin senanglah orientalis boleh meruntuhkan struktur rapi ajaran Islam!!!!. Atas dasar inilah, maka umat islam berkewajipan mengetahui tentang sanad serta siapakah yang terlibat dengannya agar tidak mudah diselewengkan oleh mana-mana pihak..
Tuan Guru Hj. Abdullah bin Tuan Guru Hj. Abdul Rahman (1933-2008) berjaya memperoleh tauliah ijazah tadris daripada dua orang guru di Masjidil Haram, Makkah iaitu Sheikh Daud bin Sulaiman al-Kalantani dan Sheikh Mukhtar Amfanani setelah diuji selama seminggu. daripada dua puluh orang calon hanya tiga orang sahaja yang lulus. Ijazah bentuk ini memang berlaku sejak zaman kegemilangan ulama silam lagi. Penerima ijazah seperti ini layak mengajar apa yang dipelajari. Tuan Guru juga mengajar di Masjidil Haram Makkah selepas belajar selama lima tahun. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1967 Masehi.
Dalam buku Menuju Kebahagiaan Sejati ini disebutkan tokoh-tokoh yang memberikan ijazah kepada Tuan Guru Hj. Abdullah selain dari dua orang tokoh yang baru disebutkan diterima juga sanad-sanad ilmu daripada Sheikh al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani dan Sheikh Muhammad Salih Idris al-Kalantani, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib al-Mandili.
Antara keistimewaan Tuan Guru dalam bidang keilmuan adalah beliau amat rapat dengan Pak Da Eil yang mengasuh ilmu ‘aqli dan ilmu alat. Amat rapat hingga dipelajari apa yang kurang diketahui oleh ulama Melayu lain seperti Hikmah Ishraqiyyah yang tokoh utamanya ialah Hujjatul Islam al-Ghazali diterima dalam Ahli Sunnah kerana menerima wahyu sebagai dalil. Keistimewaan dalam keilmuan beliau juga adalah berjaya menyelesaikan pengajian Sahih al-Bukhari berdasarkan naskhah al-Yunini (merupakan naskhah Sahih Bukhari yang paling baik kerana menghimpun pelbagai riwayatnya dengan rujukan ketelitian daripada Ibn Malik. Naskhah ini juga diakui ketelitiannya oleh al-Amir al-Kabir, Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani dan al-Hafiz Ahmad Shakir). Pengajian ini di bawah bimbingan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili.
Jasa Tuan Guru Hj. Abdullah diiktiraf hingga dimartabatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan.
Tuan Guru Hj. Abdullah juga telah memberikan ijazah antaranya kepada:
1. Sheikh al-Habib ‘Umar al-Yamani (menerima ijazah beberapa minggu sebelum Tuan Guru wafat)
2. Mohd Zaidi Abdullah (penyusun buku di atas dan diamanah buat penyelidikan untuk mengembalikan maruah tradisi pemikiran pondok)
3. Sheikh Muhammad Afifi al-Akiti (lulusan pesantren di Jawa dan pengajian talaqqi di Maghribi -kini mengajar di Universiti Oxford)
4. Ustaz Nasuha (kini berada di Mesir)
5. Ustaz Muhammad Fuad Rembau (Yayasan Sofa Negeri Sembilan)
6. Ustaz Rosli (Muar Johor)
7. Ustaz Hazli (mantan Setiausaha Pondok Lubok Tapah)
Terbitan Syathariyah Niagajaya Sdn. Bhd.
Tahun 1423H/2002M
Harga: RM 15.00
untuk pesanan, sila emel ke alamat: mzaid_saf@hotmail.com










More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS