Nafas Baru HIKMAH AL-ISYRAQI

 

Nafas Baru HIKMAH AL-ISYRAQIApakah tanah air kita ketandusan warisan pemikiran yang mampu mencemerlangkan keilmuan semasa? Inilah persoalan yang ditanggap oleh penulis karya ini dengan menampilkan warisan pemikiran yang diterima secara turun-temurun yang diwarisi dari al-Haramain, Makkah dan al-Madinah al-Munawwarah, yang merupakan pusat pertemuan umat Islam sedunia dalam ibadah umrah dan haji. Warisan tersebut berasaskan satu aliran atau mazhab pemikiran yang dikenali sebagai hikmah al-isyraqi yang dapat diterjemahkan sebagai ‘kebijaksanaan pencerahan. Aliran ini sebenarnya memiliki sistem yang menarik yang merangkumi aspek teori dan amal yang bersumberkan unsur dalaman. Dibina secara hierarki menegak. Ia tampil pada peringkat tertinggi menerusi ‘kebijaksanaan utama’ (hikmah ‘ula), dipertengahannya pula dikenali ‘kebijaksanaan pertengahan’ (hikmah wusta) yang sebahagiannya terisi dengan aspek kematematikan dan kegeometrian manakala di bawahnya dikenali ‘kebijaksanaan rendah’ (hikmah asfal).

Karya ini diperkukuhkan melalui ikatan rantaian keilmuan atau sanad yang jelas dapat menghubungkan tradisi keilmuan generasi pemikir-pemikir yang terdahulu dengan generasi kemudian termasuk generasi kini. Ini bermakna karya ini dapat mewakili sebahagian besar tradisi pemikiran Islam di sepanjang sejarah keberadaannya. Melihat pada keupayaannya ini, penulisnya telah berusaha menilai falsafah, sains dan teknologi berasaskan paradigma hikmah al-isyraqi. Karya ini juga memaparkan pengetahuan dan maklumat yang julung-julung kali diterbitkan. Justeru. pembaca wajar menatapinya untuk mengenali warisan kita dan untuk memanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Kata Aluan:
1. Tuan Guru Hj. Abdullah bin Tuan Guru Hj. Abdul Rahman (Mudir Pondok Lubok Tapah @ Ahli Jawatankuasa Fatwa Kanan Jamaah Ulama MAIK Kelantan)
2. Prof. Osman Bakar
3. Prof. Madya Shahidan Radiman

——-

Terbitan: Kurnia Ilham Shah Alam Selangor
Tahun: 1425H/2004M
Harga: RM 37.00
STOK AMAT TERHAD
untuk pesanan, hubungi: 03-55105008 (tel & faks); emel: mzaid_saf@hotmail.com

 Date Posted: 17 Aug 2007 @ 08 50 AM
Last Modified: 16 Apr 2010 @ 08 32 PM
Posted By: editor
EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 


Comments are open. Feel free to leave a comment below.


 

Leave A Comment ...

 

 XHTML:
You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
\/ More Options ...

Fatal error: Call to undefined function wp_tag_cloud() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/footer.php on line 61