MANIFESTO: Intisari dan Rahsia dalam Pemikiran dan Pengamalan Islami.

 

Manifesto Intisari dan Rahsia dalam pemikiran dan Pengamalan Islami.

Islam dilihat berjaya melahirkan sebuah khazanah penting di Alam Melayu. Perkembangannya subur hasil interaksi pelbagai etnik dan budaya yang terdiri dari Arab, Cina, India, Parsi, Melayu dan lain-lain.

Buku ini menampilkan pemikiran dan maklumat yang julung-julung kali dipaparkan kepada para pembaca. Sebagai intisari yang memiliki rahsia dalam pemikiran dan pengamalan Islami, buku ini mengandungi usul keilmuan yang amat penting, teras intisari, kedudukan Islam dalam arus sejagat, pendidikan, tumpuan khas kepada peranan muslimat, asas pengukuhan kehidupan bertamadun, manusia sebagai pengurus, kerelevenan pemikiran tradisi dalam arus semasa termasuk yang melibatkan sains dan teknologi, isu-isu yang dialami oleh umat Islam dalam pengamalan Islam dan cinta Ilahi yang harus dicapai oleh manusia dengan cara tertentu.

Satu ciri amat penting dalam buku ini adalah perisytiharan yang berupa manifesto yang memperjuangkan ‘kesatuan dan kesepaduan antara ilmu dengan amal’ melalui satu projek yang boleh diterapkan oleh para orang Islam menurut kadar kemampuan yang dimiliki. Projek ini dinyatakan dalam bentuk rumusan yang mudah difahami.

Mohd Zaidi Abdullah
(mzaid@ilhamkanku.com.my; mzaid_saf@yahoo.com).
pemegang sanad ilmu-ilmu Islam, telah mengkaji dengan teliti pengaliran ilmu-ilmu secara tradisi yang berada di Balkan, Timur Tengah, Benua India, Asia Tenggara, Parsi, Timur Jauh, Benua Afrika, dan tempat-tempat lain di Dunia Islam. Ini memungkinkan ketepatan dalam penyelidikan dan pemaparan.

penyelidikan ini dinaungi oleh :
Akademi Ulum Pondok Dan
Pencerahan Tamadun,

Shah Alam, Selangor.

diterbitkan oleh : KURNIA ILHAM
www.ilhamkanku.com.my

kurnia_ilham@yahoo.com

dengan kerjasama oleh :
Dewan Pustaka Fajar
18, Jalan Kuda Kepang 11/2C,
40100 Shah Alam, Selangor
dan
DDB Enterprise
23 A, Jalan 2/18,
40000 Shah Alam. Selangor

isi kandungan:

1. al-Usul Menuju MANIFESTO - mohd zaidi abdullah
2. Niat: Asas Kualiti Umat - mohd zaidi abdullah
3. Faidah: Antara Ikhtiyari Dan Kasbi - Sheikh Daud al-Fatani
4. Perbuatan Allah Ta’ala dan Manusia Menurut Ahli Sufi - Tuan Guru Idris al-Khayyat
5. al-Kalimah - Imam Fakhruddin al-Razi
6. Tafsir Surah al-Fatihah - al-Imam Nawawi al-Bantani
7. Persuratan Ilmu-Ilmu Islam - al-Imam al-Shafi’i
8. Intisari Penjelasan Ciri-Ciri Iman - al-Imam Murtada al-Zabidi
9. Peluang Dalam Hayat Kita - mohd zaidi abdullah
10. Takdir Islam: Jambatan Peradaban Antara Timur dan Barat - Prof. Osman Bakar
11. Mencari Jati Diri Dalam Arus Globalisasi - mohd zaidi abdullah
12. Imbangi Globalisasi Dengan Kukuhkan Jati Diri - mohd zaidi abdullah
13. Kejayaan Kaedah Pengajian Ulama Silam - mohd zaidi abdullah
14. Pendidikan: Pembimbing Manusia Maju dan Bahagia - mohd zaidi abdullah
15. Peranan Muslimat Dalam Cabaran Semasa - Prof. Khalijah Mohd Salleh
16. Ilmu, Profesion dan Masyarakat - al-’Allamah Ibnu Khaldun
17. Kemanusiaan - Tok Kenali
18. Menjernih Kekeruhan - Tok Kenali
19. Malaysia: Antara Teologi dan Kemanusiaan (Ingatan Tragedi Tsunami) - mohd zaidi abdullah
20. Pembangunan Islami Menurut Sheikh Mukhtar ‘Atarid Bogor - mohd zaidi abdullah
21. Pemerintahan Secara Islam: Dalam Pengamatan Sheikh Ahmad al-Fatani - mohd zaidi abdullah
22. Jangkauan Pemikiran Tradisi Islam - mohd zaidi abdullah
23. Penerapan Tauhid Dalam Sains dan Teknologi - Prof. Shahidan Radiman
24. Perkembangan Linguistik Matematik dan Kaitannya dengan Tatabahasa - Dr. Mohammad Alinor
25. Mekanik Kuantum dan Kesufian - Prof. Shahidan Radiman
26. Islam Galak Kajian Sains Angkasa - mohd zaidi abdullah
27. Ilmu Hai’ah Dalam Pengamatan Ulama Melayu - mohd zaidi abdullah
28. Persoalan Alam Sekitar Dalam Wahyu - mohd zaidi abdullah
29. Sains Semasa: Antara Realiti dan Sikap - mohd zaidi abdullah
30. Sikap Islam Terhadap Teori Evolusi - Sheikhul Azhar ‘Abdul Halim Mahmud
31. Menerang Pedoman Dalam Bermazhab Shafi’i - Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau
32. Pegangan Islam Di Malaya: Suatu Catatan - al-Mufti Abdullah Fahim
33. Mempelajari Metafizik - Prof. Burhanuddin al-Helmi
34. Kesucian dan Kebenaran Tasawwuf - Prof. Burhanuddin al-Helmi
35. Asas-Asas Tasawwuf - Sheikhul Islam Zakariya al-Ansari
36. Amalan Menuju Kebahagiaan - Hujjatul Islam al-Ghazali
37. Kesatuan dan Kesepaduan Ilmu - Prof Emeritus Osman Bakar
38. al-Hikmah: Makna dan Peranannya Dalam Konsep dan Sistem Ilmu Bersepadu-Prof.OsmanBakar
39. Ciri-Ciri Intelektual Islam: Suatu Pengamatan - Dr. Mohd Farid Shahran
40. Jalinan Ilmiah: Asas Estetika Islam - mohd zaidi abdullah
41. Intelektual al-Haramain Sebagai Penyepadu Ilmu - mohd zaidi abdullah
42. Khazanah Keilmuan: Penyelidikan Ke Arah Perencanaan - mohd zaidi abdullah
43. Khatimah Sebagai MANIFESTO - mohd zaidi abdullah

 Date Posted: 17 Aug 2007 @ 08 41 AM
Last Modified: 28 Jan 2010 @ 04 48 AM
Posted By: editor
EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 


Comments are open. Feel free to leave a comment below.


 

Leave A Comment ...

 

 XHTML:
You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
\/ More Options ...

Fatal error: Call to undefined function wp_tag_cloud() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/footer.php on line 61