



Tokoh ini merupakan ahli fatwa Kedah Darul Aman. Dilahirkan pada tahun 1928 Masehi. Ketika berumur 7 tahun, ibu bapa beliau bawa beliau pergi ke Makkah belajar. Antara tempat yang ditumpui adalah Madrasah Darul ‘Ulum, rumah Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, rumah Pak Da Eil (termasuk pergi bersama ayahnya), majlis-majlis di Masjidil Haram Makkah. Ketika kecil, abangnya Sheikh Abdul Aziz bawa pergi ke kuliah Sheikh Muhaddith ul-Haramain Umar bin Hamdan al-Mahrasi. Pada pertengahan 1949, dengan keizinan Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani, beliau mengajar di Darul Ulum Makkah. Pulang ke Malaya pada tahun 1949. Mengarang dan menyunting melebihi lapan puluh buah karya. Mengajar di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.










More Options ...
Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS