Ziarah Ulama

 

Kepimpinan Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun telah menziarahi beberapa ulama yang berumur sekitar 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Program ziarah ini diketuai oleh ketua penyelidik akademi telah menemubual para ulama. Hasil temubual dapat memetakan ilmu-ilmu yang ditalaqqi di Makkah yang merupakan pusat pengajian terpenting dan tumpuan oleh ulama Alam Melayu.

Kebanyakan yang masih hidup ialah yang pernah bertemu dan belajar kepada Sheikh Pak da Eil. Secara rasminya, pihak Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun beranggapan latihan keilmuan yang dibimbing oleh Pak Da ‘Eil merupakan fasa paling mantap dalam era mutakhir. Pak Da Eil merupakan tokoh bersepadu. Pak Da Eil dianggap tempat rujuk para ulama Melayu dan Arab di Makkah. Antara guru paling rapat yang didampingi beliau ialah Pak Chik Wan Daud (ulama fatani yang terkenal yang juga murid kepada Sheikh Ahmad Zain al-Fatani dan al-Mu’ammar al-’Allamah Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki) dan Sheikh Muhammad ‘Ali al-Maliki (tokoh tersohor Makkah). Menurut al-Marhum Hj Abdullah, Sheikh Pak Da Eil sering mengulangi bahawa hikmah ishraqiyyah tidak bercanggah dengan Ahli Sunnah. Alhamdulillah, ketua penyelidik sedang mempelajari beberapa buah kitab kepada salah seorang murid kepada Sheikh Muhammad ‘Ali al-Maliki iaitu Sheikh Zakaria Ahmad Wan Besar (lahir 1928). Sheikh Zakaria berada di Makkah ketika berusia tujuh tahun sehingga ke tahun 1949 dan sempat mengajar di Madrasah Darul Ulum Makkah.

Para ulama yang ditemui bertariqatkan Tariqat Shattariyyah, Tariqat Idrisiyyah, Tariqat Naqshabandiyyah. Tamatan pengajian Islam dari aliran ini diuji sehingga memperoleh ijazah tauliah tadris (kebenaran lantikan pengajaran). Ijazah ini disertakan sanad daripada para guru atau guru yang diwakilkan untuk memberikan ijazah ini atas nama pengajar (mudarris) di Masjidil Haram Makkah. Contohnya, ijazah yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah ibn Hj. Abdul Rahman (Pondok Lubok Tapah dan Ustaz Hj. Ali (Melaka)

Persatuan Seruan Islam Makkah yang pernah dihadiri mesyuaratnya oleh al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah merupakan persatuan yang melatih kader-kader tok-tok guru yang gigih dalam penyebaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rakannya yang rapat iaitu Tuan Guru Hj. Salleh Sik Kedah kini masih meneruskan pengajaran secara pondok di Kedah merupakan salah seorang tuan guru yang terlatih secara khusus di bawah bimbingan Sheikh Pak Da ‘Eil (wafat 1965M).

Maklumat pendidikan pesantren di Indonesia pula, rakan hubungan ialah Ust Ayman al-Akiti. Setelah kekemasan pengajian pesantren di Indonesia, para pelajarnya yang pintar layak dimasukkan ke UIN terus ke tahun ketiga. Ini merupakan pengiktirafan dari kementerian berkaitan bagi pengajian pesantren. Di Malaysia, sistemnya masih terikat dengan pandangan Lembaga Akreditasi Negara masih belum berani melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan.

Secara insafnya, dapat dinyatakan di sini bahawa ilmu-ilmu yang mereka pelajari jelas makin kurang diambil perhatian oleh generasi kini. Yakni, tidak semua subjek atau kitab yang ditalaqqi oleh generasi dahulu masih ditalaqqi oleh generasi kini. Menyedari kelemahan ini, ketua penyelidik bersama rakan-rakan sedang mensistematikkan semula bentuk pengajian tradisi dengan diadakan kuliah-kuliah yang berjalan secara khusus di pelbagai tempat.

Selaku ketua penyelidik, Mohd Zaidi Abdullah telah menyimpulkan keseluruhan penyelidikannya dalam satu kesempatan sederhana di Program Silaturrahim Ke-2 di Bukit Jong, Terengganu. Pada program ini, beliau membentang secara ringkas soal pengajian bersanad yang pernah dikemukakan bersama dengan diketuai oleh al-Marhum Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah (Pengkaji) dan al-Ustaz Tokku Ibrahim bin Mohamad (KiDi).

Suatu perkembangan yang menarik, suatu kerjasama erat di kalangan ahli-ahli pondok seluruh Malaysia berjaya diselenggarakan oleh ITMAM (Ittihad Madaris Islamiyyah Malaziyya).

 Date Posted: 18 May 2008 @ 05 54 PM
Last Modified: 28 Jan 2010 @ 04 48 AM
Posted By: editor
EmailPermalink
 

Responses to this post » (None)

 


Comments are open. Feel free to leave a comment below.


 

Leave A Comment ...

 

 XHTML:
You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
\/ More Options ...

Fatal error: Call to undefined function wp_tag_cloud() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/footer.php on line 61