25 Jan 2010 @ 4:14 AM 
 

Projek al-Hikmah

 

Projek ini berjalan lancar dengan penglibatan beberapa kumpulan lain. Namun, kumpulan-kumpulan tersebut masih tidak menerima pakai keseluruhan aspek-aspek yang seharusnya ada dalam pembinaan umat Islam. Mereka menyaring atau menapis menurut kecenderungan mereka.
Projek ini masih tetap berlangsung dengan dipusatkan pada esei Mohd Zaidi Abdullah yang diterima masuk dalam sebuah akademi keIslaman berjudul Jurnal AFKAR, terbitan Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bersempena 100 tahun Universiti Malaya.
Apabila diperhatikan al-Hikmah ini memiliki sub-sub major dan minor. Sub-sub ini adalah aspek-aspek yang tidak dapat dipisahkan oleh setiap manusia terutama yang muslim dan mukmin. Kejayaan cemerlang Tamadun Islam yang dilaksanakan berdasarkan gerak kerja ini merealisasikan kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih dalam pembinaan ketamadunan yang adil dan seimbang.
Namun, Nabi s.a.w. berpesan ilmu ditarik dengan matinya para ulama. Maka, ilmu-ilmu seperti ini terus menjadi asing di bumi Islam itu sendiri.

Kursus “Projek al-Hikmah” dianjurkan oleh Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor. Takrif dan ruang lingkup kursus boleh difahami dari artikel Mohd Zaidi Abdullah dalam akhbar Siasah, bil. 0153, 14-20 Jun 2009. Sesiapa berminat, boleh berhubung pada 03-55105008 atau di emel kurnia_ilham@yahoo.com.

Tags
Fatal error: Call to undefined function the_tags() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/single.php on line 57