



Tuan Guru Hj. Sulaiman dari Kg. Siram, Pasir Mas merupakan ulama berusia lapan puluh tahun lebih (al-mu’ammar). Beliau berjaya memperoleh autoriti ijazah tadris daripada guru di Masjidil Haram Makkah, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib al-Mandili.
Mohd Zaidi Abdullah kini sedang mentakhrijkan sebuah risalah yang mengandungi sanad-sanad berdasarkan ijazah ‘ammah dan ijazah khasshah yang Tuan Guru Hj. Sulaiman terima secara dengar daripada para guru beliau.
