19 Apr 2008 @ 11:06 AM 

PARIS 18 April - Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini memberi amaran harga makanan dunia yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetuskan peperangan.

Pengarah Urusan IMF, Dominique Strauss-Kahn menggambarkan kenaikan harga makanan yang mencetuskan rusuhan di Haiti, Mesir dan negara lain sebagai masalah yang “amat serius.”

“Dunia mesti menangani masalah ini,” katanya di radio Perancis, Europe-1.

Beliau menegaskan, masalah tersebut boleh juga mengancam kerajaan demokrasi termasuk di negara yang telah mengambil segala langkah untuk membantu penduduk tempatan.

Ditanya sama ada krisis itu boleh mencetuskan perang, Strauss-Kahn menyatakan kemungkinan tersebut wujud.

“Apabila ketegangan meningkat sehingga bukan setakat mengancam demokrasi, timbul risiko meletusnya perang.

“Sejarah banyak mencatatkan perang yang bermula disebabkan masalah seumpama ini,” katanya.

Strauss-Kahn yang dilantik untuk mengetuai IMF tahun lalu pernah menjadi Menteri Kewangan Perancis pada akhir 1990-an.

Sementara itu Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mencadangkan pembentukan perkongsian global di kalangan institusi kewangan, kerajaan dan sektor swasta bagi mengatasi punca-punca kenaikan harga makanan.

Beliau juga berkata, Perancis menggandakan bajet bantuan makanannya pada tahun ini kepada 100 juta euro (RM509 juta) kerana 37 negara menghadapi “krisis makanan serius.”

- AFP

- dipetik dari Utusan Malaysia, 19hb. April. 2008

Tags
Fatal error: Call to undefined function the_tags() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/archive.php on line 58