Seminar Iklan

PENGENALAN

Masjid Pengajian Bersanad bermaksud pengajian yang diterima secara turun-temurun dan berkesinambuangan. Perkembangan ini telah membentuk kajian ilmu al-Quran dan hadis, sejarah, kebenaran tauhid dan seumpamanya. Pengajian Bersanad sebenarnya masih dipelihara secara turun-temurun melalui tokoh-tokoh Islam yang boleh dipercayai.

Perkataan sains pada asalnya bermakna pengetahuan. Akan tetapi sejak beberapa ratus tahun kebelakangan ini, perkataan sains hanya dihubungkan dengan aspek empirikal. Sesuai dengan ajaran Islam yang diterima secara turun-temurun yang bersanad, sains yang menyeluruh dan holistik itu mengandungi ‘perkara yang tetap’ seperti pegangan tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ‘perkara yang boleh berubah’ sepertia aspek ijtihad. Dalam Sains Islam, ijtihadnya melibatkan penyelidikan antara prinsip, konsep dan kaedah serta keputusan ujian makmal yang berteraskan ‘perkara yang tetap’.

OBJEKTIF

Seminar ini diadakan bagi mencapai hasrat berikut:

* Memperkenalkan kembali kaedah pengajian bersanad yang telah menyumbang kepada perkembangan keilmuan Islam.
* Mengetengahkan ilmu-ilmu yang masih diterima secara bersanad di kalangan Ulama Melayu.
* Membincangkan isu-isu yang timbul dalam pengajian bersanad.
* Mengkaji pemikiran-pemikiran yang disuburkan oleh kaedah pengajian bersanad.
* Memperbaiki tanggapan terhadap pengajian bersanad.
* Mempertahankan ajaran Islam dengan kajian bersanad yang bertanggungjawab.
* Memperkukuhkan Sains Islam dengan prinsip, kaedah dan konsep yang mudah difahami.

PENGISIAN PROGRAM
Pembentangan Kertas Kerja:

1. Pemikiran-Pemikiran Penting dalam Karya-Karya Ulama Dunia Melayu oleh Tuan Guru Hj. Wan Muhammad Shaghir Abdullah, PENGKAJI.
2. Kerelevanan Wacana Ulama Dunia Melayu dan Kehidupan Masa Kini oleh al-Ustaz Dr. Uthman el-Muhammady, Felo Kehormat ISTAC.
3. Pengajian Berkitab; Kejayaan Melepasi Era Penjajahan oleh Ustaz Mohd Zaidi Abdullah, Pusat Ulum Pondok & Pencerahan Tamadun.
4. Jasa Pewarisan al-Qiraat secara Bersanad: Kebenaran Umat Islam yang Wajib Dipelihara oleh Imam Besar Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor.
5. Prinsip dan Kaedah Sains Islam oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, ISTAC.
6. Tradisi Pemikiran al-Ghazali dan Perkembangan Pemikiran Sains Teori oleh Prof. Madya Dr. Shahidan Radiman, UKM.
7. Sains Islam dan Cabaran Semasa oleh Dr. Adi Setia Mohd Dom, Kulliyyah Sains, UIAM.
8. Pemikiran Sains Teori: Antara Tradisi dan Menyahut Cabaran Semasa oleh Ustaz Mohd Zaidi Abdullah, Pusat Ulum Pondok & Pencerahan Tamadun.
9. Matematik dan Mantik: Pembelajaran dan Penyelidikannya oleh Dr. Muhammad Alinor bin Abdul Kadir, Setiausaha Agung Akademi Sains Islam Malaysia.
10. Pengajian Tauhid Berkitab oleh Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad, Mudir Pondok Wakaf Budi Sekam, Pattani, Thailand.
11. Tok Pulau Manis: Keilmuan dan Peranan Pendidikan Tasawufnya oleh al-Faqir ila-Allah Ibrahim bin Mohammad, Khazanah Ilmu Darul Iman (KIDI), Terengganu.

PROGRAM IRINGAN

* ( 5.8.2006 8:15 Malam - 10:30 Malam ) Pengajian Hadis Bersanad: Adab, Pengamalan & Isunya - Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki di Masjid al-Falah, USJ9, Subang Jaya. *tertakluk pada pindaan*
* Pameran Khazanah dan Artifak Ulama Melayu oleh PENGKAJI.
* Bengkel (antara yang terlibat untuk membimbing adalah Ustaz Dr. Lukman Abdullah dan Ustaz Zaidi Hassan dari Pusat Pembangunan Pondok Berhad serta Ustaz Zamihan Mat Zain).
* Diskusi Komiti Khas

PENYERTAAN

- Terbuka dan terhad kepada 300 peserta terawal.

Yuran Penyertaan Individu - RM 100.00 / Seorang
Yuran Penyertaan Pelajar - RM 40.00 / Seorang
Yuran Penyertaan Berkumpulan - RM 400.00 / 5 Orang

- *50 pendaftaran pertama akan mendapat langganan majalah Dewan Agama dan Falsafah.
- Jamuan makan (3 kali sehari) dan sijil penyertaan disediakan.

UNTUK PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

PENGURUSAN SEMINAR:
KURNIA ILHAM
019-3402578 Hj. Razali
019-6436872 Ust. Zaidi Abdullah
013-9932644 En Mohd Rizal

Laman web : http://www.ilhamkanku.com.my atau
http://ilhamkanku.tripod.com
E-mail : mzaid@ilhamkanku.com.my

Tags
Fatal error: Call to undefined function the_tags() in /home/ilhamkan/public_html/wp-content/themes/inanis-glass/archive.php on line 58