



Ustaz Mu’arrikh Wan Muhammad Shaghir (w.1428H/2007M) menyatakan:
“Sheikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman al-Fatani (1228/1813-1315H/1898M) telah menyelamatkan cukup banyak karya yang masih dalam bentuk tulisan tangan (manuskrip) yang dikarang oleh ulama dunia Melayu terutama sekali karya-karya Sheikh Daud bin ‘Abdullah al-Fatani. Selain memelihara manuskrip dengan rapi Sheikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman al-Fatani pula telah melakukan pentahqiqan dan pentashihan beberapa buah kitab yang dianggap penting yang secara tradisi banyak diajarkan dari sebelum hingga ke zaman beliau. Dari khazanah simpanan Sheikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman al-Fatani itulah menimbulkan ‘ilham’ bagi Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani sehingga beliau mengasaskan suatu pertubuhan pentashihan di Mesir, Makkah dan Turki. … Pendek kata Sheikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman al-Fatani ini sangat penting bagi orang-orang Melayu yang berada di Makkah pada zamannya. Beliau merupakan guru bagi seluruh ulama Asia Tenggara, pakar tempat rujukan dalam semua bidang keilmuan keislaman.”
